Kerjaya antarabangsa Marc-André_ter_Stegen

Ter Stegen bersama Jerman pada 2012

Pada tahun 2009, beliau mengambil bahagian dalam skuad Jerman yang menjuarai Kejohanan Bawah-17 Eropah.

Ter Stegen telah termasuk dalam senarai utama skuad UEFA Euro 2012 oleh pengurus Joachim Löw. Beliau membuat debut pada 26 Mei 2012 pada perlawanan persahabatan menentang Switzerland dan malangnya pasukannya tewas memalukan 5-3. Pada 15 Ogos, beliau berjaya menyelamatkan tendangan penalti oleh Lionel Messi pada perlawanan menentang Argentina selepas Ron-Robert Zieler dibuang padang. Malangnya, Jerman tewas 1-3 kepada Argentina. Beliau termasuk dalam skuad Jerman pada satu jelajah ke Amerika Syarikat pada pertengahan 2013. Pada 2 Jun, beliau gagal mengawal bola selepas hantaran "backpass" oleh Benedikt Höwedes yang menyebabkan gol sendiri dan menyaksikan Jerman tewas 4-3 kepada Amerika Syarikat. Dalam tiga persembahannya untuk Jerman, beliau tidak pernah memenangi sebarang perlawanan. "Clean sheet" pertama beliau hadir pada 13 Mei 2014 pada perlawanan persahabatan menentang Poland dengan menggantikan Zieler pada waktu rehat. Keputusan terikat seri tanpa jaringan.

Statistik

Sehingga 13 Mei 2014
Pasukan kebangsaan Jerman
TahunKmnclnGol
201220
201310
201410
Jumlah40